Thursday, November 15, 2012

sains Pemikiran Bab 4


- Definisi Etika.

Etika boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan terhadap falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupan seharian seseorang individu.

-  Terdapat beberapa Konsep dan Pembahagian Etika,antaranya
    ialah :
*   Etika merupakan sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan diterima untuk mengawal tingkahlaku manusia.

* Ia juga boleh dikatakan sebagai kajian tentang apa yang betul dan apa yang salah

 * Etika dipercayai berasal daripada perkataan Greek,
   ethos bermaksud character atau perangai.

* Moral pula merupakan perkataan Latin,iaitu moresbermaksud moral.

* Etika juga merupakan falsafah moral iaitu satu cabang ilmu falsafah yang membincangkan tentang tingkah laku baik dan tingkah laku buruk.
Terdapat 3 jenis etika iaitu :  
i) Etika Meta (meta ethics)
  • Meta boleh ditakrifkan sebagai di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar”. Melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan,kebenaran sejagat dan peranan akal.Metafizikal psikologi dan linguistik merupakan konsep-konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

ii) Etika Normatif (normative ethics)
  • Etika Normatif boleh ditakrifkan sebagai suatu yang membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan mencadang satu sistem yang standard untuk semua. Rasional dan penaakulan akal.Keupayaannya membentuk etika yang standard untuk semua kerana rasional dan akal manusia itu berbeza-beza antara satu sama lain.
iii) Etika Gunaan (applied ethics)
  • Membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial dan seks.Ia dapat berusaha menggubal etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang tersebut untuk kegunaan masyarakat selain cuba mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dengan menggunakan pelbagai teori dan konsep termasuklah daripada etika meta dan etika.
Aliran- Aliran Etika
Etika telah membentuk pelbagai aliran dan doktrin. Antaranya ialah seperti :

 
i)Utilitarianisme
  • Aliran Utilitarianisme dikatakan berasal daripada perkataan utiliti yang bermaksud ‘guna’, ‘berguna’ atau ‘kegunaan’.  Doktrin moral ini menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin orang lain.  Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).
ii)Hedonisme
  • Aliran ini berasal daripada perkataan Greek hedone yang menentukan matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum.Hedonisme ialah doktrin yang menyatakan bahawa ‘behaviour is motivated but the desire for pleasure and the avoidance of pain’.
iii) Eksistensialisme

  • Aliran ini  berpaksikan kepada kebebasan iaitu individu mempunyai kebebasan menentukan tindakannya.  Eksistensialisme menekankan tentang kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan dibuat berdasarkan sumber asal.  Jean Paul Satre merupakan pelopor utama doktrin eksistensialisme.  Terdapat 3 bentuk kebebasan bagi golongan ini iaitu jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral.
Akhlak
  • Akhlak boleh didefinisikan sebagai sifat terpuji iaitu perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan.

Pendidikan Akhlak 
  • Seterusnya dalam buku ini juga dibincangkan mengenai Pendidikan akhlak yang  juga dikenali sebagai tahdib al-akhlaq iaitu menghapuskan akhlak buruk yang wujud dalam diri seseorang.  Dengan kata lain akhlak yang baik merupakan sifat terpuji hamba dan memartabatkan nilai diri yang tinggi.
Cara Membentuk Akhlak Mulia
  • Terdapat pelbagai cara anya dapat dibentuk melalui latihan secara bersungguh-sungguh.Disiplin dan garis panduan secara khusus perlu diikuti dengan penuh minat. Memberi fokus kepada adab-adab tertentu seperti adab bangun pagi, mandi dan sebagainya.
Faedah ~ Akhlak Mulia
  • Seperti yang diketahui umum faedah akhlak mulia sangat besar di sisi Allah S.W.T. Dengan kata lain ia memperoleh keredhaan dan meningkatkan martabat di sisi Allah S.W.T serta dapat menyampaikan cita-cita dan hajat seseorang.
Bahaya ~ Akhlak Buruk
  • Akhlak buruk sememangnya merupakan sesuatu yang ingin dijauhi oleh semua manusia kerana ia meninggalkan impak yang tidak baik iaitu menyempitkan rezeki. Kedua, ia mengundang bahaya kepada kehidupan dunia seperti gelisah dan bimbang dan yang terakhir ialah tidak memberi ketenangan kepada pemiliknya dan memberi keburukan kepada diri dan orang lain.

My Information

NaMe:MuHaMmAd HuZaIfAH BiN IsMaIL

MaTrIc NuMbEr:214539


UnIvErSiTy: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


ReSiDeNtIaL HaLL:DPP YaYaSaN Al-BuKhArY


This Is my picture when i be a clamp bride