Friday, November 11, 2011

ErTi KaWaN SeJaTi





Assalammualaikum kawan2 yang aku sayangi
Sahabat atau kawan atau teman banyak yang boleh kita sebutkan, tapi tahukah kita erti sahabat sebenar? Kita hanya tahu berkawan tanpa mengambil tahu betapa bahayanya apabila kita tersalah memilih kawan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat atau kawan boleh membentuk personaliti seseorang. Ada kawan yang sanggup berkongsi duka bersama kita dan ada yang sanggup bersusah payah dengan kita. Tetapi ada juga sahabat yang ada ketika senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja, dan sebab itu aku katakan sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang itu. Jika Sahabat . Kawan . Teman .anda seperti ini hargailah mereka insyaAllah merekalah yang terbaik untuk anda PERCAYALAH!!
1
Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita
2
Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita
3
Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita

4
Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7
Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8
Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
9
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10
Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
11
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
12
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Ingatlah...kawan sejati akan membawa ke jalan yang benar!!!!