Friday, November 11, 2011

ErTi KaWaN SeJaTi





Assalammualaikum kawan2 yang aku sayangi
Sahabat atau kawan atau teman banyak yang boleh kita sebutkan, tapi tahukah kita erti sahabat sebenar? Kita hanya tahu berkawan tanpa mengambil tahu betapa bahayanya apabila kita tersalah memilih kawan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat atau kawan boleh membentuk personaliti seseorang. Ada kawan yang sanggup berkongsi duka bersama kita dan ada yang sanggup bersusah payah dengan kita. Tetapi ada juga sahabat yang ada ketika senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja, dan sebab itu aku katakan sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang itu. Jika Sahabat . Kawan . Teman .anda seperti ini hargailah mereka insyaAllah merekalah yang terbaik untuk anda PERCAYALAH!!
1
Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita
2
Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita
3
Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita

4
Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7
Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8
Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
9
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10
Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
11
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
12
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Ingatlah...kawan sejati akan membawa ke jalan yang benar!!!!

Monday, July 25, 2011

kElEbIhAn BuLaN RaMaDhAn


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

TaK SabArNyA MenJaLaNi BuLaN RaMaDhAn

Assalamualaikum...huhu...alhamdulillah bersyukur kehadrat ALLAH kerna sy msih bernafas hingga ke hari ini...hehe...x sabarnya menanti bulan ramadhan al mubarak pd minggu hadapan...huhu...x sangka kan sekejap je setahon da berlalu...da bertemu bulan ramadhan balek...hehee..tahon lepas sy berpuasa  di kolej matrikulasi johor(kmj)...memang kenangan yg indah bile dpt berpuasa dgn rakan2 seperjuangan..hehe...bez sgt...berbuke pose same2....tp tahon ni da laen...jd mcm dulu balek sblom msok kmj..b,buke pose kat uma je...hehe...hehe..bez gak...rindu nk berbuke ngan masakan mak yg spesyel2...hehe....tahon ni ade matlamat yg nk sgt sy capai...sy nk cari balek ketenangan yg pernah sy dpt dlu...mengharapkn ramadhan tahon ni memberi byk prubhan dlm hidup ni...mncari sesuatu yg prnh hilang dlm diri ini iaitu kekuatan dlm mnentang hawa nafsu n hasutan syaitan....huhu.....mengharapkn ramadhan tahon ni menjadikn diri sy sedia kala seperti dulu sebelom masok kmj....nk cari keindahan sebenar bulan ramadhan....harap2 ALLAH memberikn hidayah n rahmatnye kpd sy....amiiiin...mengharapkn ramadhan kali ini penuh makna..hehe...smpai sini je tok nukilan sy ari ini..insyaALLAH esok lusa sy berkarya lg...cewwaaahh..hehe...Assalamualaikum

Friday, June 24, 2011

AwEk InDoN N WaNiTa BeRtUdUnG vS WaNiTa TaK BeRtUdUnG

Assalamualaikum...kpd   muslimin sume...Alhamdulillah  bersyukur kpd ALLAH krna sy masih b,nafas pd hari ni....huhu...post kali ni sy akn cite psl diri sy cket ats p,mintaan hamba ALLAH...hehe...sy pling rapat ngan mak sy...sy slalu b,graw ngan mak sy tntang awek  60 ringgit...mak sy kate da buang tebiat ke nk cri awek indon...pmpuan mlayu kan byk...haha...thu x awek 60 rnggit tu ape???..hehe...awek indonesia la...sbab klu nk nikah ngan awek indonesia xde wet hntran..jaz mas kawen je 60 rnggit...huhu...sy ade ckp ngan mak nk cri calon istri b,tdung..mak sy kate blom tntu pmpuan b,tdung tu baek...sbab sy da tgk sndri kbnarannye..luaran nmpak baek...orangye alim..tp slps 1 insiden tu..bru sy thu bkn b,mkne orang b,tdung tu baek...mak sy kate bia la cri yg x b,tdung asalkn budi pkerti dye baek...huhu..kdang2 tu konfius gak..haha...nk cri yg b,tdung ke yg x b,tdung...huhu...tp kan ajal maut,jodoh p,tmuan d tgn ALLAH...insyaALLAH dpt jdoh yg t,bek tok diri ni...huhu...smpai dsini je hasil nukilan sy...huhu..moge2 dpt b,jmpe lg pd mse dpan..insyaALLAH...Assalamualaikum...

Monday, June 20, 2011

KiSaH PeMuDa YaNg BeRtAuBat DeNGan TaUbAt SeJaTi

Assalamualaikum,kite b,jmpe lg ye,insyaALLAH kite akan dpt manfaat drpd kisah ni..amiin ya rob...kisah ni sy terbaca kat laman web mse cri bhan2 baru tok disediakan tok anda sume...kisah ni citekan tntang seorng pemuda islam yg sedang mengerjakan ibadah haji...Imam Malik bin Dinar mengajari kita dalam bahagian ini tentang seorang pemuda kecil di waktu haji, dengan berkata, ‘Ketika kami mengerjakan ibadah haji, kami mengucapkan talbiyah dan berdo’a kepada Allah Subhanallohu wa Ta’ala, tiba-tiba aku melihat seorang pemuda yang masih sangat muda usianya memakai pakaian ihram menyendiri di tempat penyendiriannya tidak mengucap talbiyah dan tidak berzikir mengingat Allah Subhanallohu wa Ta’ala seperti orang-orang lainnya. Aku mendatanginya dan bertanya mengapa dia tidak mengucap talbiyah?
Kemudian dia menjawab,’Apakah talbiyah mencukupi bagiku, sedangkan aku sudah berbuat dosa dengan terang-terangan. Demi Allah! Aku khuatir bila aku mengatakan “labbaik” maka malaikat menjawab padaku,’tiada labbaik dan tiada kebahagiaan bagimu’. Lalu aku pulang dengan membawa dosa besar’.
Aku berkata kepadanya,’Sesungguhnya kamu memanggil Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.
Dia pun bertanya,’Apakah kamu menyuruhku untuk mengucap talbiyah?’
Aku menjawab,’Ya’
Kemudian dia berbaring di atas tanah, meletakkan salah satu pipinya ke tanah, mengambil batu dan meletakkannya ke pipi yang lain dan mencucurkan air matanya, seraya berucap, ‘labbaik allohumma labbaik’ Sungguh telah kutundukkan diriku kepadaMU, badan telah kuhempaskan di hadapanMU’.
Lalu aku melihatnya lagi di Mina dalam keadaan menangis, dia berkata,’Ya AllahSubhanallohu wa Ta’ala Sesungguhnya orang-orang telah menyembelih korban dan mendekatkan diri kepadaMU, sedangkan aku tidak punya sesuatu yang boleh kugunakan untuk mendekatkan diri kepadaMU kecuali diriku sendiri, maka terimalah pengorbanan dariku’.
Kemudian dia pengsan dan tersungkur mati. Aku pun memohon kepada Allah Subhanallohu wa Ta’ala agar Dia berkenan menerimanya
sungguh indah pengakhiran hidup pemuda tersebut...harap2 para remaja muslimin termasuk sy sndri dpt mnjdi sprti pemuda itu yg sgt takut dengan dosa yg dilakukannya sehingga menemplak dirinya sndri dhadapan ALLAH...SUBHANALLAH...smpai dsini saje prtemuan kite...insyaALLAH kite dpt brtemu lg pd mse dpan dgn plbgai ilmu2 yg bek dsediakan oleh sy...insyaALLAH...Assalamualaikum.

HeBaTnYa SiFaT PeRiBaDi RaSuLuLLaH...

Assalamualaikum,kali ini sy nk menceritakan tentang mulianya sifat peribadi RASULULLAH S.A.W...sungguh kagum melihatnya...ini kisah tentang Rasulullah dengan si buta...kisahnye begini..Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi Buta, dari hari ke hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”.
Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi Buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abubakar r.a. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi Buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abubakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.
Setelah mendengar cerita Abubakar r.a. pengemis itu terkejut lalu menangis sambil berkata, “benarkah demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia malah mendatangiku dengan membawakan makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. ” isaknya. Pengemis Yahudi Buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
huhu...sungguh hebat sifat mulia RASULULLAH sehingga si buta yahudi tersebut menangis dan terus memeluk agame islam yang suci ini...bagaimana kita yang sememangnya sudah sememangnya dilahirkan dalam keluarga islam tp sifat untuk mencintai ALLAH dan RASULULLAH sungguh rapuh...huhu..renungkanlah...wasalam..

CiNtA DaLaM IsLaM

Assalamualaikum,kpd sume rakan2...kali ni sy nk cite cket tntang(cinta dalam islam)...cinta itu indah jika kite mletakkannye di tmpat yg btol...realitinye kite mmang xley t.lepas dr prasaan ni...tp cintailah sseorang itu demi mndpt keredhaan dr ALLAH...kite b,cinte mstilah ade mtlamat yg baek yaitu ingin menikahi psangan kite dgn ikatan p,nikahan yg sah...klu kite xde mtlmat tu..lbey baek kite xyah b,cinte sbab nty byk p,kre brok yg akan b,laku...ade  ulama p,katakan b,cinte n mengurat sblom kawen itu haram..tp ade sstengah ulama p,ktakan b,cinte n mngurat sblom kkawen itu dbolehkan untok mngenali psangan kite...tp ikotla pd pndpat msing2 an...ade hadis  mnyatakan jika kite mnyimpan prasaan cinte kite pd sseorang tu sehingga kite meninggal dunia...kita akan mati syahid...sperti yg berlaku kpd puteri rasulullah dengan sahabat rasulullah...mreka sama2 mnyimpan prasaan cinte antara mereka tnpa meluahkan prasaan msing2...huhu...sungguh hebat iman mereka melawan nafsu masing2...tp remaja zaman skarang laen sungguh...jika mereka suke pd sseorang tu...mreka akan tros menyatakannya...sebenarnye cinte  kepada sesama manusia itu  adalah fitrah setiap insan..kadang2 kite tersalah tafsir tentang maksud cinta dengan memberikan seluruh jiwa n raga kite kpd orang yg kite cinte tnpa ikatan pernikahan....fuhh..sungguh bhye klu kite bercinte mengikut hawa nfsu n bukan mencari keredhaan ALLAH...huhu....ckoplah smpai cni je ye...nty akan ade tjok laen yg akan sy citekan,,,,wasalam...